Kelebihan dan Kelemahan Blogskins

Cute Lady Jr. | Saturday, 15 December 2012 |
Ini merupakan blog ilham daripada template yang ada di Blogskins. Yes, dahulunya saya amat gemar guna blogskins, cantik-cantik reka bentuknya dan ditambah pula dengan designer yang kebanyakannya peramah. Namun atas beberapa alasan yang selalu menimbulkan situasi sukar, saya pilih untuk tinggalkan classic template.

Dengan pengalaman selama beberapa tahun masuk dalam dunia blogspot ni membuatkan saya bangkit semula dengan mengolah classic template yang digunakan oleh Blogskins kepada updated template. Jom sama-sama update. saya akan bantu sedaya yang mampu.

Kelebihan Blogskins:
  1. Mudah diaplikasikan;
  2. Ringan dan menjimatkan masa loading.
  3. Cantik. Ringkas. Comel.
Kelemahan Blogskins:
  1. Banyak template yang tiada senarai entry;
  2. Link list tidak berfungsi;
  3. Sukar untuk menambah gadjet baru;
  4. Sukar untuk mengikuti tutorial yang disediakan oleh blogger lain.

P/s: Jom berpindah daripada Blogskins !

No comments: